DEXA Scan

Penerangan
Pencegahan adalah kaedah utama untuk
mengelakkan kesan yang teruk dari osteoporosis. Wanita boleh melindungi
diri mereka daripada kehilangan tulang yang teruk dengan mengekalkan
diet seimbang yang kaya dengan kalsium, melakukan senaman weight-bearing
secara berterusan (seperti senamrobik dan berjalan), mengehadkan
pengambilan alkohol, tidak merokok, dan mempertimbangkan terapi
penggantian hormon.
Osteoporosis boleh didiagnosis oleh
ujian kepadatan mineral tulang (BMD). Ujian BMD mengukur jumlah kalsium
dan kolagen di kawasan-kawasan tertentu dalam tulang.
DEXA adalah ujian yang cepat,
tidak menyakitkan yang mengukur tepat kepadatan tulang pesakit. Ia
mengukur tulang belakang, pinggul dan keseluruhan badan. Ketepatan
adalah antara 85% kepada 99%.
Ujian ini selamat dilakukan kerana menggunakan dos
radiasi yang sangat kecil. Ia menggunakan kurang daripada satu
persepuluh dos x ray dada. Seperti mana-mana prosedur perubatan lain,
sila maklumkan kepada doktor kami sekiranya anda hamil.